Simple jQuery Slideshow from JonRaasch.com
Slideshow Image 2 Slideshow Image 3 Slideshow Image 4 Slideshow Image 5 Slideshow Image 6
Daftar Masuk

ID PENGGUNA



KATA LALUAN


 
Waktu Operasi

ISNIN - JUMAAT

8 PAGI - 5 PETANG

JUMAAT : DITUTUP DARI

12:15 TENGAHARI - 2:45 PETANG

Ditutup pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Kelepasan Am

Statistik Pengguna

blog counter
blog counter

Statistik Negara Pengguna

visitors by country counter
blog counter

MENU PATRON
KOLEKSI

Koleksi bahan-bahan di perpustakaan ini terdiri daripada terbitan dalam bidang perundangan dan kehakiman.


STATUT DAN PERUNDANGAN
Koleksi ini meliputi akta, pindaan akta, ordinan, peraturan, enakmen, warta kerajaan dan perbahasan parlimen serta pekeliling perkhidmatan awam.



ALASAN-ALASAN PENGHAKIMAN
Merupakan rumusan keputusan penghakiman sesuatu kes mahkamah yang dibuat oleh YAA/YA Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaysia.



LAPORAN DAN JURNAL UNDANG-UNDANG
Terdiri daripada koleksi kes-kes mahkamah yang dilaporkan dan tidak dilaporkan. Laporan ini terdiri daripada kes-kes daripada All Malaysian Reports, Current Law Journal, Malayan Cases, Malaya Law Review dan lain-lain serta laporan serta jurnal undang-undang dari negara-negara Komanwel seperti All India Report, All England Reports, Criminal Law Journal, Commenwealth Law Report dan lain-lain.



MONOGRAF
Koleksi utama bagi monograf/buku-buku adalah dalam bidang perundangan dan terdapat juga koleksi umum seperti ekonomi, pengurusan, perhubungan awam dan latihan untuk rujukan dan pinjaman.



TERBITAN-TERBITAN LAIN
Terbitan-terbitan lain yang diperolehi secara hadiah adalah terbitan-terbitan dari jabatan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, institusi dalam dan luar negeri.



KOLEKSI MAJALAH/MAKALAH
Meliputi majalah-majalah antarabangsa dan dalam negara seperti Personal Money, pc World, Asian Defence Journal dan lain-lain.



KOLEKSI ARTIKEL SURATKHABAR
Meliputi artikel daripada suratkhabar berhubung dengan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Khas termasuk kes-kes mahkamah.