Simple jQuery Slideshow from JonRaasch.com
Slideshow Image 2 Slideshow Image 3 Slideshow Image 4 Slideshow Image 5 Slideshow Image 6
Daftar Masuk

ID PENGGUNA



KATA LALUAN


 
Waktu Operasi

ISNIN - JUMAAT

8 PAGI - 5 PETANG

JUMAAT : DITUTUP DARI

12:15 TENGAHARI - 2:45 PETANG

Ditutup pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Kelepasan Am

Statistik Pengguna

blog counter
blog counter

Statistik Negara Pengguna

visitors by country counter
blog counter

MENU PATRON
PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Perpustakaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:


RUJUKAN DAN PENCARIAN MAKLUMAT
Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan dan maklumat yang diperlukan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada kaunter perkhidmatan.



PENGEMASKINIAN KOLEKSI PERUNDANGAN
Akta Persekutuan dan enakmen Negeri dalam koleksi perpustakaan, kamar YAA Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta bilik perbicaraan dikemaskini dari masa ke semasa. Indeks perundangan juga disediakan bagi memudahkan pencarian maklumat tersebut.



PERKHIDMATAN KESEDARAN AWAM
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai maklumat dan judul terkini bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Perkhidmatan ini disediakan melalui sumber berikut:

  1. Laman web perpustakaan
  2. Muka surat kandungan jurnal yang dilanggan
  3. Senarai perolehan perpustakaan
  4. Pengindeksan bahan terpilih
  5. Pameran buku-buku baru
  6. Pempakejan maklumat

KERATAN AKHBAR
Artikel suratkhabar berkaitan penghakiman dan kes-kes mahkamah bagi Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Khas serta Mahkamah Sesyen dan Majistret disimpan secara harian untuk kegunaan rujukan kepada YAA/YA Hakim, Pegawai-Pegawai Kehakiman dan juga pihak pengurusan atasan untuk makluman.



PENGINDEKSAN ALASAN KEHAKIMAN
Sebagai Pusat Penyerahan Alasan Penghakiman, semua alasan bagi penghakiman bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaysia diindeks bagi kemudahan rujukan.



PINJAMAN / PEMULANGAN
Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga Mahkamah Persekutuan sahaja. Walaubagaimanapun pengguna lain seperti perpustakaan universiti dan agensi-agensi kerajaan boleh mendapatkan perkhidmatan ini secara pinjaman antara perpustakaan dibawah Konsortium Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP).



PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Perkhidmatan ini disediakan untuk warga Pejabat Ketua Pendaftar meminjam buku atau mendapatkan salinan dokumen/artikel daripada perpustakaan lain yang menganggotai konsortium sistem bekalan penerbitan (SPP) jikalau tiada bahan di sini.



MAKLUMAT ELEKTRONIK
Perpustakaan melanggan beberapa pangkalan data seperti Westlaw International, LexisNexis, Lawnet dan lain-lain maklumat elektronik berkenaan perundangan.