Sistem e-Arahan Amalan kini boleh diakses oleh Warga Badan Kehakiman melalui pautan ini https://intranet.kehakiman.gov.my/EAA/. Carian kepada Arahan Amalan, Pekeliling dan Surat Penting boleh dilakukan melalui sub menu:
- Ketua Hakim Negara
- Presiden Mahkamah Rayuan
- Hakim Besar Malaya
- Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Pendaftar
Bagi mempelbagaikan kaedah mengakses kepada koleksi Perpustakaan Digital Kehakiman satu kemudahan melalui Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) disediakan.
Melalui kemudahan ini semua Warga Badan Kehakiman boleh mengakses dan membuat carian dengan menggunakan peranti telefon pintar masing-masing dengan memuat turun Mobile Apps Library Kehakiman (M@LiK).
Aplikasi Mudah Alih ini akan berfungsi seperti Online Public Access (OPEN) namun paparannya bersesuaian dengan peranti telefon pintar.
Pautan e-buku
|
Repositori Digital Kehakiman merupakan platform digital yang mengumpul semua bentuk dokumen, video, foto ke dalam format digital. Semua dokumen berkenaan akan diberikan metadata masing-masing untuk memudahkan pengguna membuat pencarian.
Semua dokumen digital ini boleh diakses melalui platform Sistem Repositori Kehakiman di pautan https://eprints.kehakiman.gov.myeBenchbook adalah buku yang memberikan panduan prosedur undang-undang untuk rujukan hakim. Ianya digunakan oleh hakim dalam menyelesaikan sesuatu kes.
Benchbook digunakan bersamaan dengan manual prosedur sivil, prosedur jenayah, dan bukti untuk membantu hakim dalam perbicaraan.
Sistem eBenchbook kini boleh diakses secara dalam talian di https://intranet.kehakiman.gov.my/eBench/