Istana Kehakiman, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya

Statut dan perundangan

Jenis koleksi statut dan perundangan yang disediakan di Perpustakaan Digital Kehakiman meliputi:

  • Akta
  • Pindaan Akta
  • Ordinan
  • Enakmen
  • Warta Kerajaan
  • Penyata Rasmi (Hansard)
  • Pekeliling Perkhidmatan Awam
Laporan dan jurnal perundangan

Jenis-jenis laporan dan jurnal perundangan disediakan di Perpustakaan Digital Kehakiman meliputi kes-kes samada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan (unreported) seperti:

  • All Malaysia Reports
  • Current Law Journal
  • Malaysia Cases
  • Malaya Law Review
  • All India Report
  • All England Report
  • Criminal Law Report
  • Commonwealth Law Report
  • Lain-lain

Laporan dan jurnal ini juga boleh diakses melalui carian dalam talian.

Indeks rang undang-undang

Menyediakan maklumat bagaimana kronologi pengenalan rasmi sesuatu Rang Undang-Undang (RUU) melalui tarikh-tarikh bacaan pertama, bacaan kedua dan bacaan ketiga sehingga ianya mula diwartakan untuk pelaksanaan.

Istilah khas Parlimen bagi laporan rasmi yang merekodkan prosiding sidang Parlimen. Penyata Rasmi adalah laporan verbatim yang disunting menerangkan prosiding persidangan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pautan https://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-rakyat.html?uweb=dr&arkib=yes

LAPORAN TAHUNAN AGENSI/JABATAN

Koleksi Laporan Tahunan Agensi/Jabatan Kerajaan dan Swasta merupakan naskhah yang diterima secara percuma setiap tahun dari Agensi/Jabatan. Laporan ini memperincikan pencapaian dan aktiviti setiap jabatan sepanjang tahun. Antara Laporan Tahunan berkaitan organisasi perundangan yang tersimpan dalam koleksi adalah:

  • Jabatan Peguam Negara
  • Parlimen Malaysia
  • Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
  • Jabatan Bantuan Guaman
  • Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan
  • Laporan Badan Kehakiman Negara-Negara Luar
Fiksyen/Novel

Koleksi fiksyen/novel merupakan koleksi yang diterima hasil sumbangan dari warga Badan Kehakiman yang merangkumi pelbagai buku bukan perundangan, novel Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Koleksi ini disediakan sebagai bacaan santai untuk warga Kehakiman dan antara subjek yang diliputi:

  • Motivasi
  • Agama Islam
  • Sains Politik
  • Sejarah
  • Novel Bahasa Malaysia
  • Novel Bahasa Inggeris
Koleksi Nadir

Merupakan koleksi yang berusia lebih dari 50 tahun yang mana keadaan fizikal berkenaan agak usang namun isi kandungannya masih lagi relevan untuk dijadikan sumber rujukan. Antara koleksi nadir yang terdapat di Perpustakaan Digital Kehakiman adalah:

  • General Notification
  • Warta Perundangan
  • Straits Settlement
  • Enakmen
  • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Arahan Amalan

Kini Arahan Amalan boleh diakses secara dalam talian melalui https://intranet.kehakiman.gov.my/EAA/

Koleksi Arahan Amalan (Practice Direction) bercetak dan jilid merangkumi Arahan Amalan (AA), Pekeliling dan Surat Penting yang telah dikeluarkan oleh:

  • Ketua Hakim Negara
  • Presiden Mahkamah Rayuan
  • Hakim Besar Malaya
  • Hakim Besar Sabah dan Sarawak
  • Pendaftar-Pendaftar:
    • Ketua Pendaftar
    • Timbalan Ketua Pendaftar
    • Pendaftar Mahkamah Rayuan
    • Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
    • Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
    • Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
    • Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak
koleksi badan kehakiman
Koleksi Badan Kehakiman adalah koleksi yang telah diterbitkan sendiri oleh Mahkamah Persekutuan yang merangkumi bahan-bahan berikut:
01
Judiciary Year Book
05
Buku-Buku Program
02
Pelan Strategik
06
Teks Ucapan Ketua Hakim Negara
03
Buletin Kehakiman
07
Laporan Open Legal Year (OLY)
04
Garis Panduan
08

Gambar dan Foto

 

Alasan Penghakiman

AP bagi kes tahun 2007 dan ke atas kini boleh diakses melalui sistem dalam talian melalui https://ejudgment.kehakiman.gov.my/portal/

Alasan Penghakiman (AP) merupakan rumusan keputusan oleh YAA/YA Hakim terhadap sesuatu kes yang telah dibicarakan. Koleksi AP yang tersedia adalah seawal tahun 1970an hingga kini dan ianya meliputi kes-kes yang telah dibicarakan di:

  • Mahkamah Persekutuan
  • Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Tinggi

 

 

 

 

 

 

 

 

koleksi rujukan monograf

Koleksi utama bagi monograf/buku-buku adalah dalam bidang perundangan dan terdapat juga koleksi umum seperti ekonomi, pengurusan, perhubungan awam dan latihan untuk rujukan dan pinjaman.

Rujukan monograf hanya boleh dipinjam oleh warga kehakiman sahaja. Manakala orang awam yang lain adalah terhad kepada rujukan sahaja.

koleksi tesis dan laporan penyelidikan

Koleksi ini mengumpulkan hasil tesis peringkat Sarjana Muda; Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang dihasilkan oleh warga Badan Kehakiman yang telah menyambung pelajaran mereka.

Warga Kehakiman yang menyambung pelajaran digalakkan menyerahkan satu salinan hasil penulisan tesis mereka sebagai sumber rujukan oleh warga kehakiman yang lain.

KOLEKSI KERATAN AKHBAR PERUNDANGAN

Perpustakaan mempunyai koleksi keratan akhbar yang khusus kepada penulisan artikel yang berkaitan dengan perundangan, kehakiman dan mahkamah.

Keratan-keratan ini bersumberkan beberapa akhbar arus perdana tempatan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star dan The Sun.

Keratan-keratan ini kini boleh diakses melalui dalam talian melalui Sistem Repositori Kehakiman www.eprint.gov.my

PENGUMUMAN!!!
BAGI MEMUDAHKAN KOMUNIKASI DAN ALTERNATIF PERKHIDMATAN KEPADA PENGGUNA, PERPUSTAKAAN PKPMP MENYEDIAKAN PLATFORM LIVE CHAT BERMULA JAM 8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT.