Istana Kehakiman, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya
Pendaftaran Keahlian Secara Online

Semua warga Badan Kehakiman seluruh Malaysia boleh mendaftarkan keahlian Perpustakaan Digital Kehakiman dengan syarat perlu mempunyai akuan emel rasmi kehakiman (????@kehakiman.gov.my).

Keahlian akan terbatal sekiranya pengguna telah bertukar tempat kerja di luar organisasi mahkamah.

Orang awam serta penjawat awam dari organisasi tidak dibenarkan menjadi ahli Perpustakaan Digital Kehakiman, namun masih boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan namun terhad dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Pihak Perpustakaan berhak menolak atau membatalkan keahlian yang mengemukakan maklumat yang tidak tepat.

rujukan bahan dan pencarian maklumat

Perkhidmatan rujukan bahan dan pencarian maklumat bertujuan bagi membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat yang dicari dengan menggunakan citation kes mahkamah.

Medium rujukan meliputi pencarian maklumat fizikal dan dalam talian:

  • Buku
  • Jurnal
  • Laporan Perundangan
  • Indeks Hansard Parlimen
  • Alasan Penghakiman
  • Pangkalan Data
  • eBook

Pengguna juga digalakkan menggunakan platform digital yang disediakan seperti OPAC;ePrint; dan Sumber Digital Kehakiman untuk membuat sebarang pencarian bahan dalam koleksi Perpustakaan Digital Kehakiman.

pempakejan maklumat

Pempakejan maklumat disediakan mengikut isu-isu tertentu seperti landmark cases, untuk memudahkan ianya dirujuk berdasarkan kronologi sesuatu kes sehingga keputusan mahkamah selesai.

Pempakejan maklumat disusun berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui artikel keratan akhbar atau artikel yang diterbitkan melalui maya bersumberkan maklumat sahih.

Pempakejan maklumat boleh diakses secara dalam talian melalui Sistem Repository Digital Kehakiman (ReDiK) yang sediakan.
Katalog induk kebangsaan (KIK)
Perpustakaan Digital Kehakiman merupakan ahli konsortium Katalog Induk Kebangsaan (KIK), Perpustakaan Negara Malaysia. (pautan link KIK https://upnih.pnm.gov.my/kik-public/index.php/en/)

Melalui perkhidmatan KIK, ianya dapat membantu Warga Badan Kehakiman mendapatkan bahan-bahan fizikal yang tidak terdapat dalam koleksi Perpustakaan Digital Kehakiman.



Perkhidmatan ini turut disertai oleh 126 perpustakaan lain di seluruh Malaysia.

 

Tempahan bahan perpustakaan

Bagi memudahkan pengguna perpustakaan mendapatkan bahan yang dicari, perkhidmatan tempahan bahan perpustakaan disediakan kepada Warga Badan Kehakiman.

Pengguna dibenarkan membuat tempahan tidak melebihi lima (5) bahan dalam satu masa.

Tempahan boleh dibuat melalui dalam talian, panggilan telefon, bersemuka atau emel.

Bahan-bahan yang telah ditempah akan tersedia dikaunter untuk dituntut oleh pengguna dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

Bahan-bahan yang tidak dituntut dalam tempoh berkenaan akan disimpan kembali ke rak.

Penempatan praktikal dan latihan industri

Perpustakaan Digital Kehakiman bersedia menerima penempatan pelajar jurusan Pengurusan Maklumat, Perpustakaan dan Pusat Sumber menjalani latihan industri untuk suatu tempoh permohonan.

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Surat permohonan pelajar
  • Surat permohonan rasmi dari institusi pendidikan
  • Resume pelajar

Permohonan boleh dikemukakan ke alamat berikut:
Perpustakaan
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia 
Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

Perkhidmatan Sirkulasi

Perkhidmatan sirkulasi bagi peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan rujukan disediakan kepada warga Badan Kehakiman.

Perkhidmatan Sirkulasi tidak dibenarkan kepada pengguna dari luar.

Setiap transaksi sirkulasi adalah mengikut tempoh kelayakan berikut:

Pertanyaan rujukan 

Perpustakaan Digital Kehakiman menyediakan kemudahan pertanyaan rujukan untuk membantu pengguna mendapat maklumat berasaskan sumber yang sahih dan tepat.

Pengguna boleh menyalurkan terus pertanyaan rujukan melalui platform Tanya Pustakawan sama ada melalui emel (library.ik@kehakiman.gov.my) atau interaksi secara terus melalui Live Chat yang disediakan pada portal Perpustakaan Digital Kehakiman.
Pertanyaan rujukan oleh pengguna dikategorikan sebagai:
  • Pertanyaan rujukan ringkas – bentuk pertanyaan bagi mendapatkan maklumat dari sumber tersedia dalam koleksi Perpustakaan Digital Kehakiman.
  • Pertanyaan rujukan penyelidikan – memerlukan pencarian bahan/maklumat lebih terperinci dari pelbagai sumber dalam tempoh masa yang tertentu.
pinjaman antara perpustakaan
Perkhidmatan ini adalah melalui dua (2) kaedah iaitu:
  • Permohonan Perpustakaan Digital Kehakiman Kepada Perpustakaan Lain
      - Setelah menerima permohonan dari Warga Badan Kehakiman berdasarkan pencarian dan keberadaan bahan berkenaan di insitusi perpustakaan lain.
    1. - Pengguna perlu mengemukakan butiran diri dan pinjaman berkenaan tertakluk kepada peraturan perpustakaan institusi berkenaan. Sebarang denda kelewatan pemulangan bahan adalah tanggungjawab pemohon
  • Permohonan Perpustakaan Institusi Kepada Perpustakaan Digital Kehakiman
      - Perpustakaan pemohon tertakluk dengan peraturan Perpustakaan Digital Kehakiman dan butiran diri pengguna institusi perlu dikemukakan untuk tujuan pengesanan bahan.

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan disediakan bagi membolehkan perkongsian bahan secara fizikal antara perpustakaan berdasarkan permohonan.

Permohonan ISBN & ISSN

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐈𝐒𝐁𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐀𝐃𝐀?

International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN ini bagi negara berkenaan.

Di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi pengeluaran nombor ISBN bagi negara ini mulai Ogos 1982. Bagi sesetengah negara, nombor ISBN ini… baca lanjut di https://www.facebook.com/172548049440558/posts/4213323052029684/

perkhidmatan sumber digital
Bagi memudahkan pengguna Perpustakaan Digital Kehakiman mengakses maklumat walau di mana berada, sebanyak 9 sumber digital disediakan meliputi 7 pangkalan data perundangan dan 2 platform eBook.
Lexis advance

URL: advance.lexis.com

eLaw.my

URL: elaw.my

eBOOK THOMSON REUTERS

URL:proview.thomsonreuters.
com
lawnet

URL: lawnet.com.my

eBOOK LEXREAD
URL: www.lexread.com

Mylawbox

URL: mylawbox.com

westlaw asia

URL: login.westlawasia.com

clj law

URL: cljlaw.com

heinonline

URL: heinonline .org

PENGUMUMAN!!!
MULAI 26 JULAI 2021 PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PKPMP KEMBALI BEROPERASI SETIAP HARI DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG. SEBARANG PERUBAHAN PERKHIDMATAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA ARAHAN SEMASA YBHG. DATO' KETUA PENDAFTAR. TERIMA KASIH.